Monday, January 2, 2012

Some things best left unsaid.


You had a fight with your husband. You’re mad till you’re insane. You had nowhere to go. You got a huge lump in your throat, waiting for the time to spill it out. But you know you’ll be fine as soon as he went after you. So, some things best left unsaid.

You got a huge crush on this girl. You go crazy over her like everyday seems imperfect without seeing her shadow. You can’t hold yourself. But you know you can’t marry now. So, some things best left unsaid.

You are mad with your friend. She irritated you a whole lot of time. You decided to be patient but sometimes it went overboard. You know she will be hurt if you say a word. So, some things best left unsaid.

You are sick till you can’t wake up. Your breath felt hard, your body felt limp. You wish you were home. You know your mom loves you to death. But you also know she will be worried sick. So, some things best left unsaid.

You know your brother is cool and your sister is super cute. But you also know they will be over the moon if you tell them the truth. So, these things also best left unsaid :D

But there’s Someone that will be always there for you. Everytime. And you can tell Him everything. Like EVERY SINGLE thing. And what’s best is He has the power over all.

You’ll make up with your honey star, because of His will.
You’ll marry the one you always like, because of His will.
You’ll happily accept your friend, because of His will.
You’ll be tough and strong when you’re sick, because of His will.

So seek Him, because He’s waiting for you :’)  Ar Rahman Ar Rahim.

And your Lord says: Call on Me, I will answer your (prayer). But Those who are too arrogant to serve Me will surely find themselves in hell, in humiliation." [Al-Quran, Surah Mu'min, verse 60] 

Saturday, December 10, 2011

Alkisah

Alkisah seorang putera di sebuah istana. Kacak bergaya, rupawan lagi bijaksana. Tersohor ke seluruh wilayah akan kehebatannya. Dicanang-canang ke seluruh ceruk. Cerah masa depan negara katanya.

Tenang-tenang mencari suri. Mencari yang setanding, yang serasi. Lalu terdengar angin membawa khabar. Ada puteri di seberang sana. Juga mencari pasangan sehidup semati.

Terlalu tersohorlah kecerdikan si puteri, ayu dan pandai berperi. Putera jatuh hati sekali lagi. Tidak sabar bertemu si puteri. Memasang angan memasang mimpi.

Purnama bertemu purnama, menginjak tahun. Puteri belum ditemui. Diutus surat bertanya khabar. Kepingin sekali mahu mengenali hati budi.

Si puteri mula membalas kata. Si putera teruja. Dilimpah segala puji puja. Bila agaknya bisa bersua. Si puteri kaget. Bimbang rupanya tak seindah puja.

Lalu dibawa perkhabaran. Dirinya dionar celaka. Hidung tercanggung ke sisi. Mulutnya rabik di kiri. Tempang tak bisa berdiri. Tidak mampu lagi berperi. Ingatan tinggal sehari.

Putera gelisah. Masakan mahu dinikahi si capik lalu dijadikan permaisuri. Dia gagah perkasa, hartawan  lagi gemar berbudi. Pasti ramai yang lebih menepati ciri. Takkanlah si dungu ini.

Gelisah si putera tak tertanggung. Hantaran meminang dipanggung dan disanggah ke tepi. Tak boleh jadi. Dirinya tak tenang begini.

Lalu angin membawa perkhabaran lagi. Kali ini untuk si puteri. Putera mengunci kata, menjilat ludah yang tersisa. Kata-kata dimamah sendiri, kembali.

Lalu si puteri tidaklah bersedih hati. Mahupun berkurung membilang hari. Si puteri girang bercanda sok bahagia.

Satu lagi munafik tewas, katanya.

Friday, November 11, 2011

Dialog Shomell Anak-anak

Amaran: Entri picisan J

Senang letak awal-awal. Takde la rasa bersalah meraban di sini. Saya ada kawan baik. Kecik je. Nak dekat 5 tahun umurnya. Budak ni ada menyelit di entri yang lepas. Sekarang nak menyelit lagi. Ashraf Iskandar namanya. Nama nak yang novel je. Akhir-akhir ini, kami berjaya menemui ‘common interest’ kami. Kedai buku. Budak ni suka buku. Jadi bila masuk kedai buku, saya diam-diam di seksyen saya, dia diam-diam di seksyen dia. Walaupun tahap bacaan mungkin berbeza. Saya tengah pilih buku autobiografi. Dia sedang pilih buku otromen atau ben teng.


Beberapa fakta tentang budak ini

1) Obses dengan Ben Teng (Ben 10)

Acu        : Nama Ashaf apa?
Ashaf     : Muhammad Ashraf Iskandar bin Zulkarnain! (satu napas)
Acu        : OK pandai.
Ashaf     : Acu, Ben Teng nama apa?
Acu        : Muhammad Ben bin Teng. Hahaha
Ashaf    : Jadi, nama Ashaf, Muhammad Ashraf Ben Teng?

Keliru identiti di situ.

2) Menjaga penampilan (muka)

Acu        : Ashaf kenapa mata lebam?
Ashaf     : Ashaf langgar benda….. (sedih)
Acu        : Takpela.. Ashaf hensem kan?
Ashaf     : Sebab dah langgar, tak hensem dah…..

3) Perasan hensem

Acu        : Kat sekolah, sape paling comel?
Ashaf     : Nape Acu tanye?
Acu        : Saje.. cepat la sape paling comel?
Ashaf     : Ika (bukan nama sebenar) tapi dia ucuk.
Acu        : (Gelak) Ooo.. habis sape paling hensem?
Ashaf     : Hmmm… Ashaf ngan Faris. Tapi Faris ada rambut otromen.
Acu        : ………………….

Itu Ashaf yang selalu dengan saya. Ni ada 3 beradik shomell yang memang banyak ragam. Ini interview bertiga.



Acu        : Sarah besar-besar nak jadi apa?
Sarah     : Nak jadi doktor lahh.. (konfiden)
Acu        : Doktor tu apa?
Sarah     : Doktor tu yang bagi ubat cucuk-cucuk.
Acu        : Oh ok.. Atir nak jadi apa?
Faatir     : Nak jadi ottromenn!! (selamba)
Acu        : Otromen tu apa?
Faatir     : Yang ni (buat gaya tangan otromen, pastu lawan2 raksasa)
Acu        : Oooo.. hmm Chipa nak jadi apa?
Syifa      : Chipa nak jadi doktoor~~ (dayu2)
Sarah     : Chipa janganlah tiru kakak!! Kakak dulu nak jadi doktorrr

Itu satu family ye. Yang sorang ni lagi best. Mulut memang tersangatlah laju bercakap, kalah orang tua.



Soalan perbandingan yang biasa diajukan mak sedara yang takde orang nak puji. Hehe

Acu        : Ecah, mana lagi comel, Acu ke Miena? (muka mengharap masing2)
Aisyah   : (Konfiden) Ecahlah! (muka macam, eh nak tanya lagi? haha)

Ni la sebahagian daripada lapan anak-anakku. Ceria siyes ada mereka dalam hidup ni. Semoga membesar dengan sihat, pandai, soleh dan solehah ye semuanya! Ameen J