Monday, January 4, 2010

manusia

tidak faham manusia

diuji merana
diberi nikmat leka

justeru
baik diuji sahaja?

bila diuji
datang mengadu pada Ilahi
sujudnya akur
bacaannya berjiwa
doanya bersungguh
sembahnya khusyuk
kadang kala
diiringi air mata

waktu itu
dekatnya amat pada Ilahi

bila dilimpah nikmat
yg dipintanya jua
sujudnya longlai
bacaannya kosong
doanya tungkas
sembahnya jumud
tiada jiwa di situ
tempat yg sama

waktu itu
dia tahu dia alpa

tidak faham manusia

diuji merana
diberi nikmat leka

justeru
baik diuji sahaja?

"Ya Allahu Rabbil 'Aalamin..
Jadikanlah aku dari golongan hambaMu
yang tahu bersyukur"