Thursday, March 4, 2010

ya Rabb!~

kehendak jiwa bergelora utk menongkah ilmu Allah
tetapi seringkali kehendak terkubur dgn kekuatan diri
masih terlalu banyak perkara perlu ditampung
tetapi tidak tahu mulainya dimana
asasnya sahaja belum tentu kukuh
bagaimana mahu bicara tentang islamisasi
malah islamophobia mahupun sekularisme
jika pengetahuan asas dan tafsir quran mahupun hadis
masih berdebu dan yang ada dalam ingatan pun semakin kabur

ya Allah,hamba malu denganMu
terasa nafas yang diberi,
darah yang mengalir,
malah udara yang dihirup
disia-sia

terasa tenaga syabab ini dipersia
sepatutnya tiap saat ku tambahkan satu ilmu
tiap saat ku tambahkan khusyukku
tiap saat ku tambahkan amalku

ingin persiapkan diri
berjuang di jalanMu ya Allah
~guide me!~