memang senang ambil jalan mudah, berdiam diri. lama juga saya ambil jalan mudah.
jalan mudah, apabila tidak mahu meneroka ilmu-ilmu baru, bersenang hati dengan pengetahuan lama yang tidak diperbaharui. kalau ada pun, sikit.
jalan mudah, apabila mengambil keputusan menulis perkara-perkara ringan di blog. mengelakkan isu-isu berat yang perlu dikaji dan diteliti sebelum penulisan.
jalan mudah, tidak terlibat secara sepenuhnya dengan penulisan islamik kerana bimbang tersalah hukum dan pendapat.
jalan mudah, apabila tidak begitu teruja menegur kesilapan orang lain, tetapi lebih tumpu kepada perbaiki diri sendiri.
jalan mudah, apabila tidak begitu mujahadah melawan nafsu dalam menghadapi budaya hedonisme (hiburan) yang bermaharajalela.
jalan mudah, apabila menganggap waktu senang takkan berakhir untuk diganti dengan waktu yang susah. atau menikmati waktu senang dengan bersuka ria.
jalan mudah, apabila tidak terlalu agresif dalam membantu perjuangan rakan-rakan malah mengambil masa dalam mengumpul kekuatan diri.
jalan mudah, kerana tiba-tiba malas apabila kakak cuti dan terlalu rajin membuat kerja rumah, aik? kerana mengetahui akan kembali menjadi suri rumah minggu berikutnya. semoga semangat full house kembali.
jalan mudah, jalan mudah, jalan mudah. bila nak menempuh jalan sukar?
kuatkan mujahadah!