Saturday, November 6, 2010

Nak gembira boleh?

Boleh tak nak happy-happy je? Boleh tak dah tak nak emo dah? Boleh tak nak senyum sampai telinga? Saya nak gembira, berpuas hati, redha dan tersenyum kepada kehidupan. Kerana itu bermakna saya bahagia. Bila saya bahagia, maknanya saya bersyukur kepada Tuhan terhadap nikmat kurniaan yang diberikan. Alhamdulillah :)

Saya mahu sentiasa postif menghadapi kehidupan. Saya mahu menelan ion-ion negatif dan menepis segala hasutan syaitan dan ajakan nafsu untuk keluh kesah, bersedih hati dan bermuram durja. Saya mahu menerima segala-galanya seadanya. Berusaha untuk masa hadapan, dan pada masa yang sama, menerima suka duka, jatuh bangun dengan kuat dan tabah!

Hidup ini terlalu singkat untuk menangisi satu-satu kejadian. Walhal dunia memerlukan kita, kudrat kita, tenaga dan pemikiran kita. Bila sedih dan hampir putus asa, dengarlah lagu Maher Zain. Ops ops ye yang tu satu, tapi tengoklah orang-orang yang lebih bernasib malang dari kita. Tengoklah mereka yang kelaparan, kurang kasih sayang dan juga cacat anggota.

Betapa kita tidak bersyukur dengan mengeluh sedangkan dilimpahi nikmat-nikmat Allah yang maha banyak dan tidak terkira. Naudzubillah. Peringatan untuk diri juga. Mari berjuang memperbaiki diri! Fighting!

Quote dari La Tahzan: Usah bersedih selagi kamu beriman, usah bersedih selagi kamu bernafas :)