Wednesday, June 13, 2012

It's Holiday!

Baru 7 hari cuti dah freak out tak tentu pasal sebab culture shock. Yelah, dari exam yang cramp macam tak boleh nak fikir benda lain kepada hari-hari yang tak tahu nak fikir apa? Huhu.

Alhamdulillah.. Allah tunjuk jalan untuk isi masa lapang ini dengan benda yang berfaedah. Bukannya takde plan sebelum cuti. Tapi tiba-tiba semua tergendala. Takde rezeki mungkin. Hehe. InsyaAllah ini adalah kerja cuti terancam saya :)

1)  Jadi Teacher English kat Maahad sebelah rumah ni.


Mula-mula nak kerja lain.. Dah suruh mak tanyakan sebelum cuti hari tu. Tapi tiba-tiba mak tanya nak mengajar tak kat Maahad sebelah ni? Bahasa Inggeris ke.. Apa lagi. Feberet tu.. Huhu. InsyaAllah start minggu depan. Berdebar jugak anak murid semua hero-hero. Nakal sangat aku lastik jugak! :p

2)  Nak makeover Bilik.

Memang terabai la kan bilik selama ni. Lama-lama kang boleh jadi The Haunted Room. Huhuhu. InsyaAllah sedang kutip semangat nak makeover ala-ala Eric Surprise! Inspirasi tema Country Style Room Deco. Semoga jadi macam kat bawah ni:


Ameeeeeeeeen panjang-panjang :D

3) Nak habiskan baca bukuuuuuuu!


Memang tak akan habis rasanya. Tapi at least biarlah boleh khatam beberapa buah buku yang penting.  Memang bertimbun sangatlah bawak balik hari tu. Bukan senang nak start hadam buku. Kena mentally prepared. Dah cuti ni memang nak naskhah yang ringan-ringan je. Adoi -,-“

Yang ni semua sebenarnya sampingan sahaja. Saya memang dah ada kerja tetap sejak menjejakkan kaki ke rumah ni ha. Macam kat bawah nilah lebih kurang. Hehe. 


Semoga cuti bermanfaat semuanya! Wassalam :)